All About Me laa Katakan

Assalamualaikum w.b.t,

Jawab salam tu walau text je.. hihi.. jawab salam tu wajib tau, tau kan? haha.. gurau2 πŸ˜‡

Hai semua! apa khabar? Nama saya Najihah Safarin, panggil Jiha pun ok da. Ok! Jiha setakat ni Alhamdulillah sihat walafiat je. Rasa lain macam pula bila da lama tak menulis ni. Yelah.. mana taknya Jiha melompat jauh dari bidang lain ke bidang lain bila da masuk alam pekerjaan ni. Biasa lah tu lumrah kehidupan kan? Kita just merancang, Tuhan yang menentukan.

So, Jiha dekat blog ni akan kongsikan beberapa tips dan juga skills hasil kerja yang Jiha pernah buat. Sebabnya dari pengalaman yang Jiha ada; bekerja sambil merasai negeri orang tu memang cukup dapat mematangkan kehidupan Jiha sedikit demi sedikit. Yelah.. dulu niat dari zaman sekolah menengah memang Jiha nak pergi merantau dan melancong ke negeri dan negara orang; sorang2 la a.k.a backpacker giteww... Alhamdulillah Allah S.W.T. dengar permintaan Jiha, Jiha dapat survive juga; hasil dari didikan mama ayah Jiha untuk menjadi seorang yang berdikari telah berjaya sehingga mereka jadikan Jiha seorang yang betul2 pandai bawa diri macam non-bumiputera hidup mcm mana.

Add on info πŸ‘‰ Jiha memang seorang pendiam, suka pendam perasaan dan tak ramai kawan sebab tak reti nak ajak berkawan. Tapi lepas bekerja dan kumpul pengalaman lepas habis sekolah, universiti sehinggalah kini, semua jadi lain Jiha memang fikir masa depan je. Tak fikir pun pasal nak cari musuh ke apa ke πŸ™† Jiha sebenarnya da malas fikir pasal kawan or what so ever. Dalam satu masa tu, Jiha ni cepat 'tangkap sentap' atau sensitive bak kata omputihnya. But dont terus judge orang tau, sentap2 juga tapi Jiha kira kuat tau dan jenis tak memilih mahupun cerewet. Yang orang melepas ckp perangai buruk orang sewenangnya tu, macam la dia tak ada perangai buruk langsung kan? So we need to respect each others tau? That is the point! Tak elok kutuk org, pastu tak minta maaf jadi satu hal pula.. haha kelakar la manusia jenis mcm ni.. ego tak bertempat😌 Jiha sekarang ni boleh dikatakan seorang yang workaholic juga. Pernah juga bercinta, putus cinta tu semua normal. Haa.. nanti Jiha cerita bab tu nanti. hihi

So My Parents la banyak berkorban untuk kami anak-beranak sebab dia orang nak yang terbaik la senang cerita. Cuma spend time untuk mendengar luahan hati tu je yang kurang. Yang lain Alhamdulillah semua OK πŸ‘Œ Mama ayah Jiha memang jenis yang suka tengok kami adik-beradik berdikari dari kecil.

Ayah selalu pesan at kami adik beradik "Cuba belajar hidup susah, baru diri tu jadi manusia; Ayah nak masing-masing bila dicampak mana-mana je boleh survive." Walaupun ayah sering pesan dekat kami, memang betul pun apa yang ayah cakap sebenarnya. Kalau kita tak belajar cara hidup susah dan berdikari, walau kita kaya sekali mana pun; jalan hidup ni tak kan rasa indah, pahit dan manisnya nanti. Jiha da rasa, so tinggal adik2 Jiha yang kecik2 tu.


Haha.. Tak pasal-pasal ada muka besar gedabak dekat atas tu. Gambar ni pun ada history gak. Nanti Jiha cerita. Oleh tu, Jiha harap semua stay stunned dengan sabarnya.. Hihi..

Lupa pula dengan pesanan mama Jiha sebab pesanan ni juga lah Jiha jadi kuat sampai sekarang dan ignore dengan toxic people yang berada dikeliling Jiha tau πŸ‘‰ "Nak jadi orang kena la jadi seorang hamba Allah yang baik dan penyabar, Biarlah orang lain yang buat kita tapi kita jangan sesekali buat 'jahat' dekat orang."

K tu je.. Terima kasih banyak2 kepada yang membaca tu.. Nah.. Jiha bg 3 love untuk korang ya πŸ’šπŸ’›πŸ’œ

Sincerely,
Jiha

Comments

Popular posts from this blog

7 Cara Mudah Graphic Design Dengan Hanya Guna Canva ( No. 7 Paling Win! )